Wednesday, June 1, 2016

KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

    Berdasarkan dua artikel yang saya telah baca tentang khidmat sokongan, khidmat sokongan merupakan satu kumpulan orang yang mempunyai kepakaran dan keperihatan dalam kerja – kerja sosial . Mereka terdiri daripada para professional yang mahir dalam bidang tertentu dan bekerja secara berpasukan dan tidak berdasarkan bayaran. Mereka dikenali sebagai Pasukan pelbagai Disiplin.Khidmat Sokongan biasanya dalam bentuk bantuan atau pertolongan seperti khidmat kepakaran, penasihat, kemudahan, perundangan, kewangan atau psikologi dalam menangani murid- murid pendidikan khas bagi mencapai matlamat pendidikan. Perkembangan khidmat sokongan telah bermula sekitar tahun 1970-an apabila  ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook &Friend,1991a) Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,guru,ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan guru-guru khas, guru-guru biasa, ibu bapa, murid dan agensi khidmat masyarakat. Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun     1990-an. Hal ini telah menyebabkan terbentuknya kolaborasi kumpulan pelbagai disiplin. Kolaborasi ialah perkembangan dan pengekalan yang positif, hormat-menghormati, perhubungan egalitarian dan saling bekerjasama dalam menyelesakan sesuatu masalah dan perkongsian dalam membuat sesuatu keputusan melalui proses perundingan. Kolaborasi adalah usahasama di antara beberapa pihak, kumpulan, organisasi atau disiplin untuk melaksanakan sesuatu projek. Usaha ini diperlukan kerana sumbangan dan peranan mereka yang berbeza-beza dapat membantu kanak-kanak tersebut. Pihak-pihak yang terlibat dalam kolaborasi pendidikan khas di sekolah ialah kaki tangan sekolah seperti guru besar, guru pendidikan khas, pentadbir dan staf sokongan sekolah, pakar-pakar perubatan, terapi, jurupulih, patologis, jururawat, motivator, ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga. persatuan-persatuan dalam komuniti, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
    Antara sebab mengapa perlunya ada kolaborasi dan kerjasama di antara pelbagai disiplin dalam pendidikan khas di sekolah adalah kerana untuk menjalankan diagnosis tentang ketidakupayaan dan tahap kanak-kanak pendidikan khas, setiap jenis ketidakupayaan dan tahapnya memerlukan pengendalian yang berbeza caranya, membuat keputusan secara berpasukan tentang penempatan jenis persekolahan kanak-kanak pendidikan khas, setiap kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah yang berlainan memerlukan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan yang berbeza, pendidikan khas memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk dikendalikan, setiap kanak-kanak khas mempunyai masalah sampingan yang berkait rapat dengan masalah kefungsian dan kebolehan untuk belajar perlu dirujuk kepada beberapa pakar, pendidikan khas memerlukan sumber kewangan yang besar dengan mengabungkan tenaga dan peralatan dari pelbagai pihak dapat mengurangkan beban ini dan akhir sekali masalah tingkah laku dan pembelajaran dalam kelas biasanya dapat diselesaikan dengan lebih efektif jika terdapat usahasama antara pihak-pihak tertentu terutama sekali guru dan ibu bapa.

KOLABORASI PELBAGAI PIHAK DAN AGENSI

 IBU BAPA

    Peranan ibu bapa terhadap anak-anak pendidikan khas ialah mereka perlulah peka terhadap perkembangan anak-anak. Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang berkesan, peranan ibu bapa amat perlu untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sentiasa memberikan kerjasama dan membentuk tingkah laku dan akademik anak mereka. Ibubapa seharusnya memberi latihan kepada anak mereka sewaktu anak mereka berada di rumah dan memastikan anak mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Ibu bapa juga perlulah mengetahui cara untuk menangani anak-anak mereka yang memiliki kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga perlulah mengesan dengan kadar segera masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka kerana kemungkinan masalah itu dapat dipulihkan. Ibu bapa juga perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar perubatan tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka juga perlulah memasang strategi yang sesuai untuk anak-anak mereka yang menghadapi masalah untuk membentuk kelakuan anak-anak itu .
    Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif. Ada segelintir ibu bapa malu mempunyai anak yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hayat mereka dengan jenama OKU tersebut. Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar bersungguh-sungguh kerana mereka sedar anak mereka memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul dengan rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke sekolah. Itulah tanggapan yang paling pahit untuk dterima oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan kasih sayang itu bertukar kepada kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat menunjukkan perkembangan dan kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan mereka. Kesibukan ibu bapa sehingga mengurangkan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak mereka.  Bosan menghantar anak mereka ke sesi terapi  yang pada mereka tidak membawa makna apa-apa. Pada hal mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada anak-anak mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah secara berterusan . Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas juga dapat memberikan semangat kepada murid-murid khas. Mereka juga akan berasa lebih yakin pada diri sendiri kerana ada yang menyokong mereka. Penglibatan ibu bapa juga dapat meningkatkan lagi perkembangan anak-anak mereka.

 GURU

    Peranan pihak sekolah seperti guru-guru juga amat penting dalam program pendidikan khas. Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
     Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat diperbaharui. Guru juga berperanan penting untuk membentuk kanak-kanak pendidikan khas supaya mereka pandai berdikari dan menguruskan diri. Mereka juga perlulah berfikiran kreatif, inovatif dan imagenatif. Ini kerana jika guru pendidikan khas seorang yang mempunyai ciri-ciri begini ia dapat menarik minat murid-murid berkeperluan khas. Guru pendidikan khas juga perlulah membawa murid-murid berkeperluan khas melawat kawasan luar agar dapat meluaskan pengetahuan mereka tentang dunia luar.
    Selain itu, untuk melancarkan lagi perkembangan program pendidikan khas kerjasama guru pendidikan khas sangat penting. Guru pendidikan khas dan juga guru biasa perlulah berkongsi pendapat untuk mencapai objektif dalam pendidikan khas. Mereka juga boleh bertuka-tukar bahan untuk mengajar. Hal ini dapat menjimatkan lagi masa dan tenaga. Maka ketahuilah bahawa peranan guru juga sangat untuk merealisasikan aspirasi pendidikan khas.

KOMUNITI

    Komuniti berperanan dalam menerima dan mengambil berat tentang golongan orang kurang upaya (OKU). Komuniti harus lebih bersifat terbuka dan merendah diri dalam membantu dan menghulurkan bantuan kepada golongan OKU. Komuniti yang bertanggungjawab harus bersedia melibatkan diri dalamsegala program yang dianjurkan untuk golongan OKU.

BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

    Peranan badan-badan bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka juga memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak berkerperluan khas serta mereka juga memberi penerangan kepada ibu bapa, para professional dan orang ramai. Mereka juga berperanan untuk memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkerperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan fizikal. Badan-badan bukan kerajaan juga menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mereka juga membantu murid berkeperluan khas seperti murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Badan kerajaan ini juga menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan dirujuk. Mereka juga menjalan program tindakan awal ‘early intervention’, menjalankan program pra sekolah, memberi nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan terhad. Terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti Malaysian Care, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan Orang Buta Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Cleft Lip and Palate Association of Malaysia, NURY, TASPUTRA PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

    Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan dari segi perkhidmatan kepada orang kurang upaya yang bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan. Mereka menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang mendaftar dengan mereka sahaja. Mereka juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke bangunan Awam” dirangka bagi menwajibkan bangunan baru mempunyai kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
    Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan pelbagai program untuk menjaga, membantu dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan orang kurang upaya menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuan alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers, kerusi roda , alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Usaha telah diambil untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas dari halangan.
    Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun Pekerja Cacat (EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja dan berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bagi individu untuk menggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini bertujuan menggalakkan OKU berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi keperluan asas kehidupan OKU dan  tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. OKU yang bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif  dan untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.                                                                             
    Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma, potongan tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan nasional dan potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah. Latihan pemulihan seperti latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti luar diberikan kepada individu orang kurang upaya kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan diberi kepada orang kurang upaya yang mengalami kecacatan yang teruk.

PAKAR PERUBATAN

    Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak ini ialah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami. Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran dan melatih mereka untuk bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas kanak-kanak buta adalah untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa. Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan.
    Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. Terdapat enam pakar perubatan yang terlibat dalam pendidikan khas iaitu pediatrik, neurologi, terapi pertuturan, terapi fizikal, audiologi dan oftomologi. Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dengan mengesan punca masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal. Pakar neurologi pula mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Ia juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan ubat “ Ritalin” untuk mengawal kanak-kanak hiperaktif. Pakar oftomologi akan menaksirkan penglihatan pelajar.Sekiranya mereka mempunyai masalah penglihatan yang berbeza daripada kanak-kanak normal mereka memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran pula akan dirujuk kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran kanak-kanak tersebut. Terapi pertuturan pula diadakan untuk mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak-kanak.Terapi pertuturan ini akan menggunakan pelbagai pendekatan, teknik dan cara untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Terapi fizikal pula adalah untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak, melatih kemahiran hidup serta kemahiran untuk membantu diri.

RUMUSAN


    Kesimpulannya, kolaborasi antara ibu bapa, guru, pakar perubatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sangat penting dalam pendidikan khas untuk perkembangan dan pengekalan yang positif, hormat-menghormati, perhubungan egalitarian dan saling bekerjasama dalam menyelesakan sesuatu masalah dan perkongsian dalam membuat sesuatu keputusan melalui proses perundingan. Peranan pelbagai pihak juga sangat penting untuk perkembangan yang positif dalam diri kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini dapat membuatkan matlamat pendidikan khas tercapai.

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif iaitu dari segi perundangan dan dari segi pendidikan. Menurut Wong Huey Siew (2006) dari segi perundangan adalah masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang pada mata yang terbaik dengan pembetulan. Pecahan 20/200 bermakna jika seseorang yang penglihatan normal boleh melihat objek tertentu sejauh 200 kaki, maka ketajaman penglihatan bagi orang yang mempunyai masalah penglihatan hanya dapat melihat objek tersebut dalam lingkungan jarak 20 kaki. Lapangan penglihatan bagi orang cacat penglihatan pula adalah tidak lebih daripada 20 darjah pada keluasan diameter. Sebaliknya keupayaan bagi orang biasa adalah 180 darjah. Selain daripada orang cacat penglihatan (buta), terdapat lagi satu kategori orang cacat penglihatan iaitu separa/rabun (partially sighted). Ketajaman penglihatan bagi kategori ini adalah di antara 20/70 dan 20/200 pada mata yang terbaik dengan pembetulan.

           Masalah penglihatan dari perspektif pendidikan iaitu bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Ini kerana keadaan mata mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal. Oleh itu, kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. (Culatta et al 2006). Menurut Marylin Friend (2006) definisi buta berdasarkan definisi IDEA beliau menyatakan bahawa

“. . . visual impairment including blindness means an impairment in vision that, even with correction, adversely affects a childs educational performance. The term include both partial sight and blindness. (Sec. 300.7[b][1]-[13]) . . .”

JENIS DAN TAHAP PENGLIHATAN

Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad (low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas iaitu gangguan visual adalah berdasarkan kurangnya ketajaman visual atau kurangnya jangkauan penglihatan. Istilah “visual acuity” sama dengan ketajaman penglihatan. Ini dapat di ukur secara kuantitatif oleh kemampuan untuk membezakan antara simbol-simbol pada suatu jarak yang ditentukan. Hal ini sering dilakukan dengan menggunakan grafik yang mempunyai simbol yang mempunyai pelbagai ukuran. Ketajaman penglihatan pesakit dinyatakan berhubung dengan ketajaman normal. Ketajaman visual dari 6/18 bererti pesakit hanya dapat membezakan antara objek yang berjarak 6 meter dimana orang normal dapat membezakannya pada jarak 18 meter. Jadi ketajaman 3/60 bererti seorang pesakit hanya dapat membezakan antara simbol-simbol pada jarak 3 meter dimana orang normal dapat membezakannya pada jarak 60 meter. Istilah “visual field” sama ertinya dengan jangkauan (area) yang dapat dilihat, sementara mata tetap pada keadaan biasa (Douglas & McLinden dalam Lewis & Norwich 2005). Menurut Jamilah (2005) kebutaan, rabun ataupun penglihatan terhad (low vision), sederhana, teruk dan sangat teruk adalah:

i. Kebutaan:

Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).

ii. Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):
Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:
a. Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.
b. Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
c. Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.
Menurut Nancy & Kathleen (2005) kedua-dua kategori di atas iaitu kebutaan dan rabun adalah sebagai kerosakan visual termasuk buta kerana menjejaskan prestasi pendidikan individu yang mengalami masalah buta ini. Tempoh termasuk penglihatan kedua-dua tidak sepenuhnya dan buta. Kerosakan ini merujuk terhadap ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dikenal pasti mempunyai visual ketajaman 20/70. Sara Begum (2003) menyatakan pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga dikategorikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya iaitu Astigmatisme (rabun),glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata), Strabismus (juling), Ambiplia (mata malas), Diplopia (nampak dua), Albinisme (sensitive pada cahaya), Myopia (rabun jauh) dan Hyperopia (rabun dekat)



Wednesday, May 18, 2016

5 SARANAN TENTANG KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM SUBJEK PENDIDIKAN KHAS





Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang berkeperluan khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Pelaksanaan ini melibatkan mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.
Saban tahun bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT berkembang pesat dan secara tidak lansung ianya memberi kesan corak kehidupan masyarakat pada hari ini. Teknologi Maklumat dan Komunikasi bukan lagi dilihat sebagai kehendak sebaliknya keperluan masa kini. Adalah menjadi menjadi satu nilai tambah kepada individu itu apabila ianya memiliki kemahiran ICT terutamanya dalam pasaran pekerjaan kini. Justeru itu, perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen perlukan segera kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu perkara besar yang perlu diberi sokongan. Perubahan ini bukan sahaja terhad kepada usaha pihak kerajaan semata – mata sebaliknya adalah keterlibatan semua pihak.
Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan peluang yang bakal diceburi oleh pelajar. Atas dasar kesedaran keperluan pasaran kerja hari ini dan juga keperluan pembelajaran hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Projek Sekolah Bestari sebagai salah satu pengisian utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Koridor Raya Multimedia yang mana perlaksanaannya menekakan pengaplikasian ICT sebagai pengupaya pedadogi dan pengurusan sekolah. Sebanyak 88 buah sekolah yang mana 82 buah sekolah adalah sekolah sedia ada manakala selebihnya sekolah baru dilantik sebagai sekolah perintis dalam projek ini. Sekolah – sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5 809 buah komputer dan 261 pelayan. Antara lain usaha KPM dalam memastikan ICT dapat direliasasikan ialah pengenalan Projek School Net, Projek Myshoolnet, pembinaan makmal komputer dan juga TV Pendidikan (TVP)
ICT tidak hanya terhad kepada internet dan peralatan dan perisian komputer yang bersifat teknikal sahaja. Justeru itu, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran merupakan satu langkah bijak yang perlu dilaksanakan dengan jayanya. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah antaranya ialah kaedah pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran berperanan dalam pendidikan yang berkonsepkan pembelajaran berdikari (Independent learning). Melalui pakej pembelajaran berasaskan ICT yang lebih bersifat terbuka dan kolobrasi, pelajar boleh melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan atau individual. Di mana, pakej ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti mengikut kepelbagaian tahap kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar boleh mengakses pelajaran mereka semasa di rumah dan boleh berhubung dengan guru di luar waktu sekolah. Melalui kaedah ini juga guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan prosedur perlaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Penilaian pembelajaran juga boleh dilaksanakan oleh guru mahupun murid melalui akses internet.
Bagi menjayakan program pembbudayaan ICT dalam dunia pendidikan, antara lain usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menawarkan mata pelajaran teknologi maklumat (MPTM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000 sebagai salah satu matapelajaran pilihan dalam kurikulum Bersepadu sekolah menengah (KBSM). Ekoran daripada itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu memutuskan untuk mencuba MPTM ke atas 15 buah sekolah menengah pada tahun 1999 dan ditambah kepada 30 buah sekolah pada tahun 2000 (Jamaluddin Harun dan Dr. Zaitun Tasir, 2003). Penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran-pembelajaran juga semakin mendapat sambutan apabila penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan matematik telah dilaksanakan, perisisan multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu par guru dan pelajar (Jamaluddin Harun & Dr. Zaitun Tasir, 2003). Kementerian Pendidikan melalui Sektor Multimedia Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Disember 1997 menyarankan kaedah dan pendekatan pengajaran-pembelajaran yang dapat digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan.
Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran-pembelajaran juga boleh dilaksanakan melalui komunikasi dan pembelajaran melalui e-mail. Kaedah ini sebenarnya memenuhi garis panduan dan konsep sekolah bestari. Di mana kedua – dua guru dan pelajar boleh berinteraksi secara lebih berkesan. Ini kerana, sekiranya pelajar kurang memahami masalah pembelajaran semasa di kelas, pelajar boleh berinteraksi terus kepada guru melalui e-mail. Berbanding dengan pembelajaran tradisional, pelajar dan guru tidak dapat membincangkan sesuatu pelajaran dalam pada masa yang di inginkan guru atau pelajar kerana kedua – duanya mungkin disebabkan oleh masalah kekangan masa. Selain daripada perbincangan dua hala antara guru dan murid, perbincangan secara koperatif dan kolobrasi atau konferen juga boleh dilakukan lebih daripada dua orang pelajar pada satu masa. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Pengkaji ini percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Manakala menurut Steven, mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Sugguhpun begitu, pemantauan daripada pihak guru juga adalah perlu bagi memastikan pelajar melaksanakan tugasan mereka dengan betul dan menepati matlamat pembelajaran dan juga menepati masa yang telah ditetapkan. Guru juga perlu menjelaskan kepada pelajar panduan penggunaan e-mail atau perisian secara efisien. Seperti mana pembelajaran-pengajaran tradisional, penilaian hasil pembelajaran itu perlu bagi menilai tahap kemahiran dan pemahaman mereka dalam satu – satu mata pelajaran yang telah di ajar. Penilaian juga boleh dilaksanakan melalui ICT samada penilaian berbentuk penilaian formatif yang menguji tahap kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya, menyatakan bahawa teknologi dapat digunakan secara efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian ‘on-line’ (atas talian), penilaian berasaska portfolio (dalam bentulk bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus dan ujian bertulis. Tambah beliau, antara kelebihan ICT dalam penilaian ini ialah murid diberi lebih daripada satu percubaan, maklum balas penilaian secara serta – merta, membimbing dan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan untuk mengukuhkan konsep atau kemahiran dan kepelbagaian set ujian yang mudah didapati daripada bank soalan yang disediakan dalam pangkalan data.
Dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah perdana, kerajaan juga tidak melepaskan tanggunggjawab terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Ketika ini, terdapat 32 buah sekolah pendidikan khas di seluruh negara, yang mana meliputi 28 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di samping 1 118 program pendidikan khas intergrasi (72 masalah pendengaran, 26 masalah penglihatan dan 1 020 masalah pembelajaran) yang membabitkan 25, 106 pelajar. Dalam RMK-9, pihak kerajaan telah memperuntukkan RM15 juta bagi melaksanakan program ICT dalam pendidikan khas. Program – program ini termasuklah Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Pusat Pembelajaran Kendiri dan penggunaan ICT di kelas pra sekolah pendidikan khas. Menurut laporan Syuhada Choo Abdullah dalam Berita Minggu Mei 2007, bagi program Pembestarian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (JPK) telah melaksanalkan projek perintis sejak RMK-8 pada tahun 2002 yang membabitkan empat buah sekolah, iaitu masing – masing dua buah sekolah rendah dan menengah pendidikan khas. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang dan juga Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Setapak, Kuala Lumpur (masalah penglihatan); SKPK Alor Star, Kedah (masalah pendengaran); serta SMPK Vokasional Indahpura, Johor (masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran)
Dari segi peralatan dan perisian ICT secara umumnya, peralatan yang dibekalkan adalah sama seperti peralatan yang dibekalkan di sekolah aliran perdana seperti komputer riba, projector, kemudahan internet dan seumpanya. Sungguhpun begitu, bagi sekolah – sekolah pendidikan khas perlu dibekalkan peralaratan yang lebih khusus untuk kegunaan pelajar. contohnya, sekolah pendidikan khas masalah penglihatan, peralatan khusus yang dibekalkan ialah seperti Smartview CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin, Index Braille Embosser (mencetak tulisan Braille), Touch Screen Monitor (membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan), Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan Braillenote (komputer elektronik bersuara tanpa skrin). Manakala antara perisian khusus yang dibekalkan untuk masalah pendengaran ialah, Duxbury bagi menterjemah teks kepada Braille, Zoomtext (membesar saiz pada teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen Reader. Bagi 30 kelas pra sekolah dalam program Pendidikan Khas Intergrasi, Jabatan Pendidikan Khas telah membekalkan sebuah komputer yang lengkap dengan perisian hasil sumbangan IBM. Selain tambahan dua buah komputer dan sebuah pencetak diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran kepada 31 kelas pra sekolah dalam program yang sama.
Pengajaran merupakan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Di mana pengajaran meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara berkesan (Mok Soon Sang,2003). Manakala menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah – laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala pembelajaran bermaksud proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus Dewan mentaksirkan bahawa pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana bertanggungjawab mengajar murid untuk menguasai satu – satu pelajaran bagi mencapai objektif tertentu. Objektif ini perlulah membawa perubahan kepada diri pelajar tersebut. Perkembangan serta keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini secara tidak lansung membawa kepada perubahan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivism menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis. Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani mengahadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Akhirnya, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivism di mana pelajar membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.
Elemen-elemen multimedia dalam pengajaran-pembelajaran sebenarnya menyokong penggunaan pelbagai sensor (Multi-sensory) serta mampu meransang penggunaan pelbagai deria manusia. Selain itu, multimedia juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan (Vaughan, 1998). Menurut kajian Vaughan juga, beliau menyatakan bahawan multimedia bileh menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan pada waktu yang sama. Multimedia yang bersifat interaktif ini lebih berkesan daripada pengajaran-pembelajaran tradisi dalam menarik perhatian pelajar. menggunakan multimedia yang lebih interaktif dalam pengajaran-pembelajaran dapat menarai minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat member tumpuan yang sepenuhnya pada proses pembelajaran (Thomas, 1996). Hasil daripada itu, multimedia membantu pelajar membina kefahaman serta kemahiran pada peringkat tinggi. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dilaksanakan oleh Quinn (1993) dan Palinscar (1995) yang mendapati dengan menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran dapat menigkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan lebih berkesan. Kajian ini disokong oleh kajian Farrimond, et al.(1997) yang memanfaatkan teknologi multimedia terkini bagi memindahkan kaedah pembelajaran secara kajian kes tradisi kepada simulasi komputer.

APA ITU PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi
keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000)
Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus
atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa ( 1) dalam ciri-ciri mental ( 2) keupayaan deria ( 3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal ( 4) dalam tingkah laku social- emosi ( 5) dalam keupayaan komunikasi atau ( 6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.

VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

5 ORANG SI BUTA DENGAN GAJAH


Dahulu kala ada seorang raja yang mengalami kerepotan dengan para menterinya. Mereka terlalu banyak berdebat sehingga nyaris tak satu pun keputusan dapat diambil. Para menteri itu, mengikuti tradisi politik kuno, masing-masing menyatakan dirinyalah yang paling benar dan yang lainnya salah. Meskipun demikian, ketika sang raja yang penuh kuasa menggelar perayaan festival umum, mereka semua bisa sepakat untuk cuti bersama.
Festival yang luar biasa itu digelar di sebuah stadion besar. Ada nyanyian, tarian, akrobat, badut, musik dan banyak lagi. Di puncak acara, di tengah kerumunan banyak orang, yang para menteri tentunya menempati tempat duduk terbaik, sang raja menuntun sendiri seekor gajah ke tengah arena. Di belakang gajah itu berjalanlah tujuh orang buta, yang telah diketahui oleh khalayak sebagai seorang yang buta sejak lahir.
Sang raja meraih tangan orang buta pertama, menuntunnya untuk meraba belalai gajah itu dan memberitahunya bahwa itu adalah gajah. Raja lalu membantu orang kedua untuk meraba gading sang gajah, orang buta ketiga meraba kuping nya, yang keempat meraba kepalanya, yang kelima meraba badannya, yang keenam meraba kaki, dan yang ketujuh meraba ekornya, lalu menyatakan kepada masing-masing orang-orang buta tersebut bahwa itulah yang dinamakan gajah.
Lalu raja kembali kepada orang buta pertama, dan memintanya untuk menjelaskan dengan lantang, seperti apakah gajah itu.
"Menurut pertimbangan dan pendapat saya yang ahli ini," kata si buta pertama yang meraba belalai gajah, "saya nyatakan dengan keyakinan penuh bahwa gajah adalah sejenis ular dari marga Python asiaticus."
"Sungguh omong kosong!" Seru si buta kedua yang meraba gading gajah. "Gajah terlalu keras untuk dianggap sebagai ular. Fakta sebenarnya, dan saya tak pernah salah, gajah itu seperti bajak petani."
"Jangan melucu" sergah si uta ketiga yang meraba kuping si gajah. "Gajah adalah seperti kipas yang besar."
"Kalian idiot tidak berguna" tawa si buta keempat yang meraba kepala gajah. "Gajah sudah pasti adalah sebuah gentong air besar yang diselimuti kain berbulu."
"Mustahil! Benar-benar mustahil!" cibir si buta kelima yang meraba badan gajah. "Gajah adalah sebuah batu karang besar."
"Parah!" Teriak si buta keenam yang meraba kaki gajah. "Gajah sebenarnya merupakan sebatang pohon!"
"Dasar orang-orang picik!" Seringai si buta terakhir yang meraba ekor gajah. "Aku beritahu kalian, gajah adalh semacam cambuk pengusir lalat. Aku tahu, karena aku merasakannya."
Dan para buta pun mulai berbantah-bantahan dengan sengit, semua berbicara berbarengan sehingga kata-kata mereka melebur menjadi teriakan-teriakan lantang dan panjang. Tatkala penghinaan mulai keluar dari mulut mereka, maka jotosan demi jotosan pun mulai bermunculan. Para buta itu tentunya tidak yakin betul siapa yang mereka jotos, tapi tampaknya siapa yang kena bukan lagi masalah penting, karena saat ini mereka sedang berjuang demi prinsip, demi integritas, demi kebenaran. Kebenaran menurut mereka masing-masing.
Perdebatan yang berujung perkelahian itu pun dilerai oleh para prajurit. Kerumunan hadirin di stadion terdiam, terpaku di tempatnya masing-masing, dan wajah para menteri tampak malu. Setiap orang yang hadir di sana menangkap pesan yang ingin disampaikan sang raja melalui gajah dan para orang buta itu.
_______________________________________________________________________________________
Masing-masing dari kita pada hakikatnya hanya mengetahui sebagian saja dari kebenaran. Bila kita memegang teguh pengetahuan kita yang terbatas itu sebagai kebenaran mutlk, kita tak ubahnya seperti salah satu dari orang-orang buta itu, yang meraba satu bagian dari seekor gajah dan menyimpulkan bahwa pengalaman parsial mereka itu adalah kebenaran, sedangkan yang lainnya SALAH...
Alih-alih "beriman buta", kita dapat berdialog. Bayangkanlah seperti apa jadinya bila ketujuh orang buta itu, bukannya memperdebatkan data-data mereka, tetapi malah menggabungkan pengalaman.
Mereka akan menarik kesimpulan bahwa seekor gajah adalah sesuatu seperti batu karang besar yang ditopang empat batang pohon. Di Belakang batu karang itu ada seutas cambuk pengusir lalat, dan di depannya ada gentong air besar. Di setiap sisi gentong tersebut terdapat sebuah kipas besar dengan dua bajak yang mengapit seekor ular Phyton panjang!
Bukan gambaran buruk bagi seekor gajah... Bagi orang yang TAK AKAN PERNAH melihatnya.
Cerita Gajah dan 3 Orang Buta dari bab 74, hal 206, buku "Si Cacing dan Kotoran Kesayangannya" - Ajahn Brahm