TAJUK :
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
NAMA KUMPULAN
NURUL ATIHIRAH
BINTI JUHARI (A150970)
HASLIZA BINTI
MUSTAPA (A151189)
NOR AMINAH
BINTI KHALIB (A151418)
NURUL FATIHAH
KAMALUDDIN (A149590)
ESEI KUMPULAN: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
1.0 PENGENALAN
/ DEFINISI
Pendidikan khas
merupakan program yang dirancang khusus bagi memenuhi keperluan-keperluan
individu atau pelajar berkeperluan khas. Guru-guru pendidikan khas ditempatkan
di sekolah-sekolah yang mempunyai program khusus pendidikan khas. Gargiulo
(2003), menyatakan penggunaan bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus yang
direka khas ini adalah bagi memenuhi kanak-kanak aliran pendidikan khas.
Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), menyatakan keperluan disediakan dalam
pelbagai bentuk untuk diberikan kepada kanak-kanak pendidikan khas ini.
Pengajaran yang disampaikan ini disediakan dalam tempat-tempat yang kursus
seperti bilik darjah, hospital, klinik dan institut yang lain. Mansor (2005),
Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi
menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.
Kanak-kanak berkeperluan khas ini turut digelar sebagai kanak-kanak istimewa,
kanak-kanak kurang upaya, kanak kanak tidak normal, kanak-kanak.
Sejarah
pendidikan di Malaysia boleh dilihat sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan
sukarelawan yang telah mula membuka sekolah-sekolah untuk murid bermasalah atau
kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Akta Murid-Murid dan (1961)
menyatakan,sekolah khas merupakan sekolah yang menyediakan layanan pendidikan
khas untuk murid-murid kurang upaya. Dalam pada itu juga, pada tahun 1996 (Akta
Pendidikan ) telah menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum
dan pendidikan yang sesuai. Akta pendidikan yang diselaraskan ini bertujuan
bagi memperkembangkan pendidikan khas. Dan kini, pendidikan khas kemudian
bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara kemudahan yang
disediakan bagi pendidikan khas adalah terdiri daripada beberapa pendidikan
yang diselaraskan untuk semua iaitu penubuhan sekolah khas bagi murid
bermasalah pendengaran dan murid bermasalah penglihatan. Program Pendidikan
Khas Integrasi turut disediakan kepada pelajar bermasalah pembelajaran,
bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program Pendidikan Khas
Integrasi ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah, menengah dan sekolah
menengah teknik/vokasional yang mana menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran
dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Sebagai contohnya :
Pendidikan Inklusif, Program Pendidikan Individu, Program Pemilihan dan Program
Pengayaan.
Peranan
Bahagian Pendidikan Khas yang mana bertanggungjawab terhadap pendidikan khas
bagi murid berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan Khas. Program
Pendidikan Khas bermula melalui penglibatan. Penglibatan kerajaan
Bahagian Pendidikan
Khas merupakan bahagian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan bagi murid
berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan Khas. Program pendidikan untuk
murid berkeperluan khas bermula sejak sebelum merdeka bagi murid berkeperluan
khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Penglibatan kerajaan dalam
pendidikan murid berkeperluan khas masalah penglihatan bermula dengan penubuhan
Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat pada tahun 1948. Manakala penglibatan kerajaan bagi
pendidikan murid bermasalah pendengaran pula bermula dengan pembukaan Sekolah
Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang pada tahun 1954. Selepas merdeka,
kerajaan telah memperluaskan program pendidikan khas ke sekolah-sekolah biasa
melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (dahulu dikenali sebagai Program
Percantuman).
Program Pendidikan Khas telah berkembang di
bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak sistem pendidikan
kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957. Satu unit khas yang dikenali sebagai
Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun 1964, ditempatkan di Bahagian
Sekolah KPM, sehinggalah diganti dengan Jabatan Pendidikan Khas KPM mulai
Oktober 1995. Dengan adanya Jabatan ini di peringkat KPM, Jabatan-Jabatan
Pendidikan Negeri (sekarang Jabatan Pelajaran Negeri) telah mewujudkan Unit
Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Dengan penstrukturan semula KPM,
Jabatan Pendidikan Khas kini dikenali
sebagai Bahagian Pendidikan Khas.
2.0 KATEGORI /
MASALAH KANAK-KANAK
2.1 MASALAH
PEMBELAJARAN
Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti sebagai
kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental sehingga menyebabkan kanak-kanak
ini mengalami kesukaran ketika belajar dan secara keseluruhnya membawa kepada
gangguan ketika proses pembelajaran berlangsung. Kategori kanak-kanak
bermasalah pembelajaran dikategorikan dari beberapa sudut yang boleh dilihat
iaitu kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku serta sosial, penguasaan bahasa
dan perkembangan moto halus dan kasar. Antara jenis-jenis kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah Autisme, Disleksia, Celebre Palsy, pintar cerdas
dan lain-lain lagi.
2.2 MASALAH
PENDENGARAN
Kanak-kanak
bermasalah pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak
tersebut menggunakan deria ketika berkomunikasi atau bertutur dengan individu
sekeliling. Dewan Bahasa (1986), menyatakan bahawa individu yang mengalami
masalah pendengaran tidak akan mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang
lain. Individu yang mengalami kehilangan pendengaran adalah apabila sekirannya
berlaku kehilangan pendengaran yang mana individu tidak dapat menterjemahkan
isyarat bunyi yang dihantar ke otak (William, 1991). Masalah pendengaran ini
boleh dikategorikan kepada dua istilah yang berbeza. Istilah pertama yang
digunakan iaitu ‘pekak’ yang membawa maksud kanak-kanak tidak boleh menggunakan
pendengaran dengan jelas atau memahami pertuturan yang ingin disampaikan
walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar. Brill, Mac
Neil& Newman,1986 menyatakan kanak-kanak pekak merupakan kanak-kanak yang
mempunyai deria dengar yang tidak mampu berfungsi sama ada sebelum, semasa atau
selepas kelahiran. Manakala istilah kedua iaitu kanak-kanak ‘separuh pekak’
yang bermaksud iaitu kanak-kanak yang mempunyai kerosakan pada deria, namun
sisa pendengaran masih lagi berfungsi dan kanak-kanak ini mengharapkan bantuan
alat pendengaran bagi membolehkan mereka mendengar dengan lebih jelas lagi.
Kehilangan pendengaran atau ‘hard of hearing’ pula kanak-kanak yang masih boleh
menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan melaui penggunaan alat
bantuan pendengaran.
2.3 MASALAH
PENGLIHATAN
Masalah
penglihatan merujuk kepada masalah yang melibatkan fungsi sebagai deria
penglihatan. Masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kategori utama
iaitu ‘buta’,‘rabun’dan berpenglihatan terhad’. (Asiah 2012). Mereka yang
mempunyai masalah penglihatan mempunyai masalah yang mana keadaan amat terhad
untuk mereka untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan pembelajaran. Penggunaan
brailler digunakan bertujuan sebagai media bacaan atau khidmat pembaca untuk
mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak. Penggunaan bahan bantuan
pengajaran perlulah seiring dan sesuai dengan keperluan kanak-kanak penglihatan
agar mereka dapat mengoptimakan pembelajaran yang disampaikan serta pencapaian
yang terhasil. ( Culatta et al 2006). .
3.0 TINGKAH
LAKU/ CIRI KANAK-KANAK
3.1 MASALAH
PEMBELAJARAN
Ciri-ciri
kanak-kanak-kanak bermasalah pembelajaran dikategorikan melalui beberapa ciri
tertentu yang dilihat iaitu dari sudut fizikal, intelek,serta sosial. Ciri
fizikal yang dapat dikenalpasti dalam mengkategorikan pelajar berkeperluan khas
ini adalah bentuk badan dan koordinasi pelajar yang jauh berbeza berbanding
kanak-kanak normal iaitu mempunyai bentuk badan yang lebih kecil berbanding
kanak-kanak biasa. Manakala dari sudut intelek yang mana kanak-kanak bermasalah
pembelajaran ini mempunyai perkembangan yang agak lembam dalam bidang-bidang
tertentu di sekolah. Sebagai contoh, kanak-kanak masalah pembelajaran mempunyai
masalah dalam mengingati sesuatu perkara yang mudah yang diajar oleh guru.
Mereka memerlukan penerangan yang jelas dan mengambil masa lama untuk mengingat
atau memahami dalam bidang pengamatan dan perkonsepan yang berbentuk kreatif.
Dan kesediaan dan keupayaan dalam pelajaran pelajar /kanak-kanak berkeperluan
khas adalah berbeza berbanding kanak-kanak normal lain. Contoh lain apabila
perkembangan yang lewat berlaku apabila sesetengah kanak-kanak apabila pada
peringkat umur 8 tahun mereka baru mempelajari apa yang diajar sewaktu mereka
berumur 6 tahun. Ciri-ciri dalam mengenali sosial atau kepribadian kanak-kanak
berkeperluan khas ini adalah dapat dilihat apabila kanak-kanak berkeperluan
khas ini mempunyai tahap tumpuan yang kurang atau lemah berbanding kanak-kanak
normal lain. Kanak-kanak berkeperluan akan bertindak aktif dalam mendapatkan
apa yang mereka suka dan mereka sering melakukan perkara yang boleh menarik tumpuannya
Minat mereka adalah sama dengan kanka-kanak normal lain. Sikap dan tingkah laku
yang sering berubah-ubah ini akan menyebabkan pemantuan secara berterusan
terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Masalah pembelajaran terdiri
daripada beberapa kategori iaitu Sindrom Down, Celebray Palsy, Disleksia,
Autisme, Hiperaktif dan sebagainya.
3.2 MASALAH
PENDENGARAN
Ciri-ciri dan
tingkah laku kanak-kanak bermasalah pendengaran ini dapat dilihat daripada
beberapa aspek perkembangan. Aspek perkembangan tersebut dilihat dari sudut
perkembangan bahasa, perkembangan intelek, perkembangan sosial dan pencapaian
akademik. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran ini yang mana
kanak-kanak ini mempelajari sesuatu bahasa melalui proses melihat tindakan yang
dilakukan oleh individu sekitar. Perkembangan bahasa yang lemah ini
mempengaruhi cara bercakap, teknik, kefahaman dan penulisan walaupun
kanak-kanak ini mampu menguasai bahasa isyarat dengan baik. Dari sudut
perkembangan intelek pula, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mampu
berfikit dan proses kognitif yang berlaku adalah sama seperti individu normal
lain. Perkembangan sosial yang dilihat berdasarkan kanak-kanak masalah
pendengaran ini yang mana mereka akan bergantung kepada individu sekeliling. Dalam
masa yang sama, mereka turut mempunyai masalah sewaktu berinteraksi atau
berkomunikasi dengan rakan-rakan atau individu lain.Hal ini demikian kerana,
tidak semua orang yang fasih atau mengetahui maksud penyampaian yang ingin
disampaikan oleh kanak-kanak cacat pendengaran ini. Keadaan ini menyebabkan
kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kurang bergaul mesra serta tidak
mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan individu yang mereka tidak
kenali. Kurangnya pergaulan atau interaksi dengan orang luar menyebabkan
kana-kanak ini tidak didedahkan atau tidak tahu dengan keadaan sebenar
globalisasi yang berlaku menyebabkan mereka ketinggalan jauh dari dunia
teknologi sebenar.
3.3 MASALAH
PENGLIHATAN
Ciri-ciri
kanak-kanak yang mempunyai kecacatan penglihatan dapat dilihat daripada
beberapa aspek iaitu dari sudut rupa, tingkah laku dan aduan (Hewett udan
Forness 1974). Kebiasannya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan dapat
dikesan sejak dari peringkat alam persekolahan lagi. Ciri-ciri rupa kanak-kanak
yang mengalami masalah pendengaran adalah berbeza daripada kanak-kanak normal
yang lain. Antara ciri-cirinya ialah kanak-kanak tersebut mempunyai mata yang
sangat sensitif kepada cahaya, bahagian tepinya berwarna merah, bintik-bintik
putih di tengah mata, kelopak mata pula bengkak dan mata yang sering berair
atau juling (memutarkan mata apabila melihat). Tingkah laku kanak-kanak masalah
penglihatan dapat dilihat dari sudut yang mana mereka sering menggosok dan
mengerdip mata mereka secara berlebihan. Mereka juga turut sering menutup dan
melindungi sebelah mata daripada terkena cahaya. Sewaktu diberikan tugasan,
kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan ini akan sedaya upaya
mendekatkan objek pada mata. Mereka turut sering menangis dan memegang kepala
serta kerap terjatuh atau melanggar sesuatu ketika berjalan. Dalam sudut aduan pula, kanak-kanak masalah
penglihatan ini akan sering bertindak agresif atau menyatakan ketidakpuashatian
mereka terhadap sesuatu untuk mendapatkan perhatian. Ini dapat dilihat sebagai
contoh, kanak-kanak akan mengadu sakit kepala, objek yang ditayangkan tidak
jelas, pandangan mereka yang kabr serta turut mengadu melihat dua imej pada
sesuatu (double vision).
4.0 RUMUSAN
Sebagai
kesimpulan, Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan
untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan diri (kehidupan) serta menyedari
potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan masyarakat yang seimmbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Nnegara. Bagi memenuhi keperluan
dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang dibina berlandaskan
kepada 3 prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan
memberi fokus kepada potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. potensi ini hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan
kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu. prinsip yang kedua
ialah pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid
berkeperluan khas kepada pembelajaran. suasana pembelajaran yang kondusif perlu
diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
boleh digunakan untuk keperluan diri dan masyarakat. ini dapat melahirkan murid
yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka. manakala prinsip yang ketiga adalah
pendidikan sepanjang hayat iaitu merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan dan
kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana ilmu secara berterusan untuk
digunakan dalam kehidupan seharian.
prinsip diatas
perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu bidang
pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang
berteraaskan kepada keperluan individu. untuk menentukan keperluan setiap
individu, penilaian awal perlu dijalankan.
kesimpulannya,
pendidikan khas adalah merupakan satu bentuk pendidikan khusus yang diwujudkan
untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, masalah
pendengaran dan masalah pembelajaran. kanak-kanak ini memang dilahirkan dengan
pelbagai kecacatan tetapi pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri
mereka. potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat
berdikari dan menguruskan kehidupan mereka tanpa bantuan orang lain. hanya
pendidikan dan pengalaman sahaja yang akan dapat membentuk murid-murid khas
yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi.
Rujukan
Marina Masdar .
Kanak-kanak berkeperluan khas .
Akta Pendidikan
1996/ (Akta 550) . (1997). Dimuat turun pada 13 November 2009, 11.34 pm.
daripada http://414326-Akta-Pendidikan-1996 1 pdf
Learner J.
2003. Learning Disabilities theorist, diagnosis and teaching strategies. Boston
: Houghton Mifflin Company
No comments:
Post a Comment