Imej inovasi yang dimuatnaik didalam blog ini berkisarkan mengenai aplikasi-aplikasi inovasi yang dicipta khas untuk orang kelainan upaya (OKU) bermasalah penglihatan.
MESIN BRAILLE
.
Untuk mencetak buku dan juga bahan bacaan dengan huruf Braille, dapat menggunakan beberapa jenis komputer dan mesin pencetak relief huruf Braille yang dihubungkan melalui paralel port iaitu LPTI. Cara kerja komputer ini adalah menekan abjad biasa ke dalam suatu program yang kelak akan mengubahnya menjadi huruf Braille. Hasil konversi kemudian tampil di layar dan siap untuk dicetak melalui sebuah mesin pencetak khusus relief Braille yang dilengkapi dengan mikrokontroler MCS 51. Kecepatan mencetak menggunakan mesin tersebut kira-kira 30 menit per halaman dengan 552 perkataan.
CCTV
CCTV digunakan oleh pelajar-pelajar bermasalah penglihatan (low vision) dalam pembelajaran. ianya digunakan untuk membesarkan tulisan kepada size yang bersesuaian dengan kemampuan sisa penglihatannya.
REPARATION BRAILLE SENSED
Ianya digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan kekunci Braille. size alat ini adalah kecil dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa kemana-mana sahaja. alat ini sangat membantu untuk mereka bawa ke tempat kerja dan belajar.
BINOCULAR TELESCOPIC SPECTACLE SPORT GLASSES
Produk ini sangat berguna untuk digunakan semasa melaksanakan aktiviti bersukan. Selain itu, sesuai untuk digunakan oleh individu yang mengalami masalah penglihatan terhad kerana produk ini dapat membantu mereka untuk melihat televisyen serta objek-objek yang lain.kelebihan produk ini adalah boleh diselaraskan mengikut preskripsi mata.
BRAILLE SWATCH
braille swatch ini sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah penglihatan terutamanya bagi mereka yang buta kerana konsep braille diaplikasikan dalam rekaannya. jam yang mempunyai 64 lubang berfungsi untuk memberitahu maklumat mengenai masa. perkara ini dapat dilakukan kerana lubang yang dibuat dapat membentuk formasi angka braille bagi menyampaikan waktu. boleh juga digunakan sebagai alarm.
BRAILLE BOOK
Huruf Braille adalah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Braille terdiri dari sel yang mempunyai 6 titik timbul. Kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kode untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kode huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata bisa didapat secara terus. Contohnya perkataan orang disingkat menjadi org. Ini membolehkan buku Braille yang lebih tipis dicetak.
FINGER READER
sejenis alat yang membawa konsep " text to speach" (konsep yang biasa digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah penglihatan dalam membaca file PDF dan email daripada komputer)
ARCA MATEMATIK
Ia direka seperti patung dengan kod Nameth iaitu satu bentuk BBraille yang digunakan untuk simbol saintifik. alat ini direka untuk menggantikan penggunaan abacus dalam pengajaran subjek matematik kepada individu yang bermasalah penglihatan.
B&D MESSENGER
B&D Messengger ialah sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan poapan kekunci braille. ini membantu golongan orang kurang upaya penglihatan untuk membuat nota dan boleh dibawa kemana sahaja.
SMARTCANE
peranti SmartCane adalah bantuan elektronik yang sesuai dan lberfungsi seperti white cane. Ia berfungsi sebagai penambahbaikan kepada white cane dan mengatasi batasannya dengan mengesan benda benda diparas lutut dan halangan halangan yang tergantung. smartcane mempunyai kegunaan lain sebagai alat kesedaran ruang kerana ia boleh mengesan kehadiran atau ketiadaan objek di sekitarnya.
No comments:
Post a Comment