Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk
berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang
berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk
mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas.
Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan
yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan
peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan
sekolah biasa.
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi
keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan
&Kaufman 2000)
Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam
pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah,
menghapus
atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada
penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara
umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia
merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya
dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami
pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana
ataupun biasa ( 1) dalam ciri-ciri mental ( 2) keupayaan deria ( 3) dalam
ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal ( 4) dalam tingkah laku social- emosi (
5) dalam keupayaan komunikasi atau ( 6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan
ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan
pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya
dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Best slot gacor deposit dana 1xbet 1xbet 카지노 카지노 778week 1 football picks against the spread | Asian Handicap Odds - Yogadin
ReplyDelete