Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap
Murid yang berkeperluan khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu
memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan
pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Pelaksanaan ini melibatkan
mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan
dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras
dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai
oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.
Saban tahun bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih
dikenali sebagai ICT berkembang pesat dan secara tidak lansung ianya memberi
kesan corak kehidupan masyarakat pada hari ini. Teknologi Maklumat dan
Komunikasi bukan lagi dilihat sebagai kehendak sebaliknya keperluan masa kini.
Adalah menjadi menjadi satu nilai tambah kepada individu itu apabila ianya
memiliki kemahiran ICT terutamanya dalam pasaran pekerjaan kini. Justeru itu,
perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan
kertas dan pen perlukan segera kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu
perkara besar yang perlu diberi sokongan. Perubahan ini bukan sahaja terhad
kepada usaha pihak kerajaan semata – mata sebaliknya adalah keterlibatan semua
pihak.
Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan
daripada masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru
yang tidak peka dengan peluang yang bakal diceburi oleh pelajar. Atas dasar
kesedaran keperluan pasaran kerja hari ini dan juga keperluan pembelajaran hari
ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Projek Sekolah Bestari
sebagai salah satu pengisian utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006 – 2010. Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Koridor Raya
Multimedia yang mana perlaksanaannya menekakan pengaplikasian ICT sebagai
pengupaya pedadogi dan pengurusan sekolah. Sebanyak 88 buah sekolah yang mana
82 buah sekolah adalah sekolah sedia ada manakala selebihnya sekolah baru
dilantik sebagai sekolah perintis dalam projek ini. Sekolah – sekolah ini
dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5 809 buah komputer dan 261 pelayan. Antara
lain usaha KPM dalam memastikan ICT dapat direliasasikan ialah pengenalan
Projek School Net, Projek Myshoolnet, pembinaan makmal komputer dan juga TV
Pendidikan (TVP)
ICT tidak hanya terhad kepada internet dan peralatan dan perisian
komputer yang bersifat teknikal sahaja. Justeru itu, pengintergrasian ICT dalam
pengajaran-pembelajaran merupakan satu langkah bijak yang perlu dilaksanakan
dengan jayanya. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya, pengintergrasian ICT
dalam pengajaran-pembelajaran boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah
antaranya ialah kaedah pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran berperanan dalam
pendidikan yang berkonsepkan pembelajaran berdikari (Independent learning).
Melalui pakej pembelajaran berasaskan ICT yang lebih bersifat terbuka dan
kolobrasi, pelajar boleh melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan atau
individual. Di mana, pakej ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti mengikut
kepelbagaian tahap kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar boleh
mengakses pelajaran mereka semasa di rumah dan boleh berhubung dengan guru di
luar waktu sekolah. Melalui kaedah ini juga guru dan pelajar dapat menjalankan
aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan prosedur perlaksanaan aktiviti
untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Penilaian pembelajaran juga boleh
dilaksanakan oleh guru mahupun murid melalui akses internet.
Bagi menjayakan program pembbudayaan ICT dalam dunia pendidikan,
antara lain usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menawarkan
mata pelajaran teknologi maklumat (MPTM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) pada tahun 2000 sebagai salah satu matapelajaran pilihan dalam kurikulum
Bersepadu sekolah menengah (KBSM). Ekoran daripada itu, Kementerian Pendidikan
pada masa itu memutuskan untuk mencuba MPTM ke atas 15 buah sekolah menengah
pada tahun 1999 dan ditambah kepada 30 buah sekolah pada tahun 2000 (Jamaluddin
Harun dan Dr. Zaitun Tasir, 2003). Penggunaan perisian multimedia dalam proses
pengajaran-pembelajaran juga semakin mendapat sambutan apabila penggunaan Bahasa
Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan matematik telah dilaksanakan, perisisan
multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu par guru
dan pelajar (Jamaluddin Harun & Dr. Zaitun Tasir, 2003). Kementerian
Pendidikan melalui Sektor Multimedia Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan
Disember 1997 menyarankan kaedah dan pendekatan pengajaran-pembelajaran yang
dapat digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang
berkesan.
Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran-pembelajaran juga boleh
dilaksanakan melalui komunikasi dan pembelajaran melalui e-mail. Kaedah ini
sebenarnya memenuhi garis panduan dan konsep sekolah bestari. Di mana kedua –
dua guru dan pelajar boleh berinteraksi secara lebih berkesan. Ini kerana,
sekiranya pelajar kurang memahami masalah pembelajaran semasa di kelas, pelajar
boleh berinteraksi terus kepada guru melalui e-mail. Berbanding dengan
pembelajaran tradisional, pelajar dan guru tidak dapat membincangkan sesuatu
pelajaran dalam pada masa yang di inginkan guru atau pelajar kerana kedua –
duanya mungkin disebabkan oleh masalah kekangan masa. Selain daripada
perbincangan dua hala antara guru dan murid, perbincangan secara koperatif dan
kolobrasi atau konferen juga boleh dilakukan lebih daripada dua orang pelajar
pada satu masa. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang
melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian
komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan
tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson
dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Pengkaji ini percaya bahawa pelajar yang
belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik
dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Manakala menurut Steven, mendapati
bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa
perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan
ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang
dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama .
Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri
sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Sugguhpun begitu, pemantauan daripada pihak guru juga adalah perlu
bagi memastikan pelajar melaksanakan tugasan mereka dengan betul dan menepati
matlamat pembelajaran dan juga menepati masa yang telah ditetapkan. Guru juga
perlu menjelaskan kepada pelajar panduan penggunaan e-mail atau perisian secara
efisien. Seperti mana pembelajaran-pengajaran tradisional, penilaian hasil
pembelajaran itu perlu bagi menilai tahap kemahiran dan pemahaman mereka dalam
satu – satu mata pelajaran yang telah di ajar. Penilaian juga boleh
dilaksanakan melalui ICT samada penilaian berbentuk penilaian formatif yang
menguji tahap kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian
pelajar. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya, menyatakan bahawa teknologi
dapat digunakan secara efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian
‘on-line’ (atas talian), penilaian berasaska portfolio (dalam bentulk bercetak
atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus dan ujian bertulis. Tambah
beliau, antara kelebihan ICT dalam penilaian ini ialah murid diberi lebih
daripada satu percubaan, maklum balas penilaian secara serta – merta,
membimbing dan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan untuk mengukuhkan
konsep atau kemahiran dan kepelbagaian set ujian yang mudah didapati daripada
bank soalan yang disediakan dalam pangkalan data.
Dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran di
sekolah – sekolah perdana, kerajaan juga tidak melepaskan tanggunggjawab
terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, penglihatan dan
pembelajaran. Ketika ini, terdapat 32 buah sekolah pendidikan khas di seluruh
negara, yang mana meliputi 28 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah
menengah di samping 1 118 program pendidikan khas intergrasi (72 masalah
pendengaran, 26 masalah penglihatan dan 1 020 masalah pembelajaran) yang
membabitkan 25, 106 pelajar. Dalam RMK-9, pihak kerajaan telah memperuntukkan
RM15 juta bagi melaksanakan program ICT dalam pendidikan khas. Program –
program ini termasuklah Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Pusat
Pembelajaran Kendiri dan penggunaan ICT di kelas pra sekolah pendidikan khas.
Menurut laporan Syuhada Choo Abdullah dalam Berita Minggu Mei 2007, bagi
program Pembestarian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (JPK) telah
melaksanalkan projek perintis sejak RMK-8 pada tahun 2002 yang membabitkan
empat buah sekolah, iaitu masing – masing dua buah sekolah rendah dan menengah
pendidikan khas. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
(SKPK) Alma, Pulau Pinang dan juga Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)
Setapak, Kuala Lumpur (masalah penglihatan); SKPK Alor Star, Kedah (masalah
pendengaran); serta SMPK Vokasional Indahpura, Johor (masalah pendengaran, penglihatan
dan pembelajaran)
Dari segi peralatan dan perisian ICT secara umumnya, peralatan yang
dibekalkan adalah sama seperti peralatan yang dibekalkan di sekolah aliran
perdana seperti komputer riba, projector, kemudahan internet dan seumpanya.
Sungguhpun begitu, bagi sekolah – sekolah pendidikan khas perlu dibekalkan
peralaratan yang lebih khusus untuk kegunaan pelajar. contohnya, sekolah
pendidikan khas masalah penglihatan, peralatan khusus yang dibekalkan ialah
seperti Smartview CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin,
Index Braille Embosser (mencetak tulisan Braille), Touch Screen Monitor
(membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan), Pengimbas Scanner
(menterjemah teks cetakan kepada suara) dan Braillenote (komputer elektronik
bersuara tanpa skrin). Manakala antara perisian khusus yang dibekalkan untuk
masalah pendengaran ialah, Duxbury bagi menterjemah teks kepada Braille,
Zoomtext (membesar saiz pada teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen
Reader. Bagi 30 kelas pra sekolah dalam program Pendidikan Khas Intergrasi,
Jabatan Pendidikan Khas telah membekalkan sebuah komputer yang lengkap dengan
perisian hasil sumbangan IBM. Selain tambahan dua buah komputer dan sebuah
pencetak diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran kepada 31 kelas pra sekolah
dalam program yang sama.
Pengajaran merupakan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran
yang tertentu. Di mana pengajaran meliputi perkara – perkara seperti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan
menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara berkesan
(Mok Soon Sang,2003). Manakala menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah
menukar tingkah – laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan
atau kepercayaan baru. Manakala pembelajaran bermaksud proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi
melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus
Dewan mentaksirkan bahawa pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk
memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Dalam konteks pendidikan,
guru sebagai pelaksana bertanggungjawab mengajar murid untuk menguasai satu –
satu pelajaran bagi mencapai objektif tertentu. Objektif ini perlulah membawa
perubahan kepada diri pelajar tersebut. Perkembangan serta keperluan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) kini secara tidak lansung membawa kepada
perubahan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivism
menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan
pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran,
misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis.
Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan
idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru
dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.Hasil daripada proses
pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu
konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.
Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan
pelajar berani mengahadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Di
samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan
rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Akhirnya, hasil daripada
pembelajaran secara konstruktivism di mana pelajar membina pengetahuan, konsep
dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa
lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun
menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.
Elemen-elemen multimedia dalam pengajaran-pembelajaran sebenarnya
menyokong penggunaan pelbagai sensor (Multi-sensory) serta mampu meransang
penggunaan pelbagai deria manusia. Selain itu, multimedia juga turut
menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan
dan masa media yang digunakan (Vaughan, 1998). Menurut kajian Vaughan juga,
beliau menyatakan bahawan multimedia bileh menjadi medium komunikasi yang
positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang
pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan pada waktu yang sama. Multimedia yang
bersifat interaktif ini lebih berkesan daripada pengajaran-pembelajaran tradisi
dalam menarik perhatian pelajar. menggunakan multimedia yang lebih interaktif
dalam pengajaran-pembelajaran dapat menarai minat pelajar supaya mereka tidak
merasa bosan dan dapat member tumpuan yang sepenuhnya pada proses pembelajaran
(Thomas, 1996). Hasil daripada itu, multimedia membantu pelajar membina
kefahaman serta kemahiran pada peringkat tinggi. Ini dapat dibuktikan oleh
kajian yang dilaksanakan oleh Quinn (1993) dan Palinscar (1995) yang mendapati
dengan menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran dapat
menigkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan lebih
berkesan. Kajian ini disokong oleh kajian Farrimond, et al.(1997) yang
memanfaatkan teknologi multimedia terkini bagi memindahkan kaedah pembelajaran
secara kajian kes tradisi kepada simulasi komputer.
No comments:
Post a Comment