DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH
PENGLIHATAN
Definisi masalah penglihatan
boleh dilihat dalam dua perspektif iaitu dari segi perundangan dan dari segi
pendidikan. Menurut Wong Huey Siew (2006) dari segi perundangan adalah masalah
penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang pada
mata yang terbaik dengan pembetulan. Pecahan 20/200 bermakna jika seseorang
yang penglihatan normal boleh melihat objek tertentu sejauh 200 kaki, maka
ketajaman penglihatan bagi orang yang mempunyai masalah penglihatan hanya dapat
melihat objek tersebut dalam lingkungan jarak 20 kaki. Lapangan penglihatan
bagi orang cacat penglihatan pula adalah tidak lebih daripada 20 darjah pada
keluasan diameter. Sebaliknya keupayaan bagi orang biasa adalah 180 darjah.
Selain daripada orang cacat penglihatan (buta), terdapat lagi satu kategori
orang cacat penglihatan iaitu separa/rabun (partially sighted). Ketajaman
penglihatan bagi kategori ini adalah di antara 20/70 dan 20/200 pada mata yang
terbaik dengan pembetulan.
Masalah penglihatan dari perspektif
pendidikan iaitu bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan
khas kerana masalah penglihatan. Ini kerana keadaan mata mereka tidak sama dengan
kanak-kanak normal. Oleh itu, kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu
mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat
mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. (Culatta et al 2006). Menurut
Marylin Friend (2006) definisi buta berdasarkan definisi IDEA beliau menyatakan
bahawa
“. . . visual impairment
including blindness means an impairment in vision that, even with correction,
adversely affects a childs educational performance. The term include both
partial sight and blindness. (Sec. 300.7[b][1]-[13]) . . .”
JENIS DAN TAHAP PENGLIHATAN
Terdapat dua kategori utama dalam
masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan
terhad (low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua
kategori di atas iaitu gangguan visual adalah berdasarkan kurangnya ketajaman
visual atau kurangnya jangkauan penglihatan. Istilah “visual acuity” sama
dengan ketajaman penglihatan. Ini dapat di ukur secara kuantitatif oleh
kemampuan untuk membezakan antara simbol-simbol pada suatu jarak yang
ditentukan. Hal ini sering dilakukan dengan menggunakan grafik yang mempunyai
simbol yang mempunyai pelbagai ukuran. Ketajaman penglihatan pesakit dinyatakan
berhubung dengan ketajaman normal. Ketajaman visual dari 6/18 bererti pesakit
hanya dapat membezakan antara objek yang berjarak 6 meter dimana orang normal
dapat membezakannya pada jarak 18 meter. Jadi ketajaman 3/60 bererti seorang
pesakit hanya dapat membezakan antara simbol-simbol pada jarak 3 meter dimana
orang normal dapat membezakannya pada jarak 60 meter. Istilah “visual field”
sama ertinya dengan jangkauan (area) yang dapat dilihat, sementara mata tetap
pada keadaan biasa (Douglas & McLinden dalam Lewis & Norwich 2005).
Menurut Jamilah (2005) kebutaan, rabun ataupun penglihatan terhad (low vision),
sederhana, teruk dan sangat teruk adalah:
i. Kebutaan:
Penglihatan kurang daripada 3/60,
pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah
setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).
ii. Rabun ataupun penglihatan
terhad (low vision):
Penglihatan kurang dari 6/18
sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan
kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive).
Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan
deria penglihatan.Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan
antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian
visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat di
lihat dalam tahap berikut:
a. Sederhana
Masalah pada tahap sederhana
masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti
melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.
b. Teruk
Masalah pada tahap teruk
menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam
menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan
penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
c. Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk
mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual
seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.
Menurut Nancy & Kathleen
(2005) kedua-dua kategori di atas iaitu kebutaan dan rabun adalah sebagai
kerosakan visual termasuk buta kerana menjejaskan prestasi pendidikan individu
yang mengalami masalah buta ini. Tempoh termasuk penglihatan kedua-dua tidak sepenuhnya
dan buta. Kerosakan ini merujuk terhadap ketidaknormalan mata iaitu saraf optik
atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan.
Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dikenal pasti mempunyai
visual ketajaman 20/70. Sara Begum (2003) menyatakan pelajar yang mengalami
masalah penglihatan juga dikategorikan kepada lapan kategori mengikut
peringkatnya iaitu Astigmatisme (rabun),glaukoma (tekanan biji mata yang
merosakkan saraf urat mata), Strabismus (juling), Ambiplia (mata malas),
Diplopia (nampak dua), Albinisme (sensitive pada cahaya), Myopia (rabun jauh)
dan Hyperopia (rabun dekat)
No comments:
Post a Comment